Feeds:
Kiriman
Komentar

Posts Tagged ‘keistimewaan sedekah’

Bersedekah secara fiziknya  menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yang kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain, itu lah “kekayaan” sebenarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Undang-undang Daya Penarik (Law of Attraction.) Berikut ini diberikan beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah:

Foto kredit: Al Azhar Peduli

Tidak Dikurang Harta Sebab Bersedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim

Bersedekah Tidak Dengan Sikap Menunjuk

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah. Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain. Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Banyak Cara Bersedekah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad

http://rahsiasedekah.com


Read Full Post »

Gambar hiasan: Mengajar ilmu agama Islam, termasuk dalam kategori bersedekah.

Berkat Rezeki Kerana Bersedekah
Petikan dari (dengan izin) http://www.iluvislam.com
Mahazan
Editor: arisHa27

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,

“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”

Nabi Ayub menjawab,

“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.

“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.

“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.

“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,

“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.

Yang satu lagi menyeru,

“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda,

“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.

Dan sabdanya lagi,

“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”

Begitu juga harta.

“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”

Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.

Read Full Post »

Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”(H.R. at-Tirmidzi)

Kredit foto: Al-Azhar Peduli

Huraian

1. Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

2. Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.

3. Juga ketika orang lain memberikan sesuatu pada kita, maka terimalah dengan hati yang ikhlas diiringi dengan senyuman dan ungkapkanlah kegembiraan hati kita kepadanya dengan ucapan terima kasih yang sebenarnya sangat bererti bagi orang yang memberi.

4. Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.

5. Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain. Namun begitu apabila tibanya suatu saat di mana tibanya masa untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan suatu ketulusan, jangan merasa rendah diri, tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam ertikata lain ‘saat kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi sesuatu’.

*Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia*

Read Full Post »

E-book

Rahsia Sedekah:

Sedekah Dulu Sebelum Kaya.

Orang yang rajin bersedekah mendapat beberapa  ni’mat dan kelebihan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak bersedekah. Tahukah Anda bahawa sedekah meningkatkan darjat seseorang yang bersedekah apabila tangan kanannya bersedekah tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya.

Gambar hiasan

Dalam kehidupan seharian kita, kadangkala kita dipertemukan dengan pelbagai dugaan, cabaran, dan cemuhan, kadangkala hinaan, bala atau bencana. Bersedekah boleh menghalang bencana dan bala dan bersedekah juga boleh  memadamkan api neraka.

Buku ini membicarakan tentang kelebihan sedekah, bagaimana orang yang bersedekah menjadi kaya, orang yang sangat rajin bersedekah dan rezekinya melimpah-ruah. Ia menyentuh tentang bagaimana orang biasa yang tidak kedekut dan merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.

Persoalannya, adakah beliau kaya dahulu sebelum bersedekah atau bersedekah dahulu sebelum kaya… Ketahui jawapannya di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Di sebalik sedekah, buku ini juga menunjukkan bagaimana derma dan sumbangan oleh orang yang terkaya di dunia yang menyumbangkan sebanyak US28 bilion untuk sebuah yayasan bagi kepentingan kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Ia menyentuh mengenai orang yang sangat pemurah dan rajin berderma hingga menjadi orang yang terkaya di dunia.

Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah. Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah.

Hikmah lain bersedekah: Menjadi dinding dari api neraka, menambah rezeki dan keberkatan, digandakan pahala 700 kali ganda, menolak bala dan menyembuhkan penyakit. Ketahui selok belok bersedekah dengan lebih terperinci di dalam ebook Rahsia Bersedekah.

Anda nak tahu bagaimana mendapat pahala 700 kali ganda dengan bersedekah?  Carilah jawapan di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Klik untuk mendapatkan Ebook Rahsia Sedekah online.

http://www.rahsiasedekah.com

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.