Feeds:
Kiriman
Komentar

Posts Tagged ‘rahsia sedekah’

Bersedekah secara fiziknya  menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yang kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain, itu lah “kekayaan” sebenarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Undang-undang Daya Penarik (Law of Attraction.) Berikut ini diberikan beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah:

Foto kredit: Al Azhar Peduli

Tidak Dikurang Harta Sebab Bersedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim

Bersedekah Tidak Dengan Sikap Menunjuk

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah. Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain. Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Banyak Cara Bersedekah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad

http://rahsiasedekah.com


Read Full Post »

Makna bersedekah adalah sangat luas berbeza dengan apa yang kita fahami menurut kebiasaan iaitu memberi seseorang wang atau makanan atau pakaian. Sebenarnya apa yang kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. ia amat luas mencakupi apa sahaja bantuan, pertolongan dan sesuatu yang mengembiranya atau yang kita berikan kepada saudara mara, rakan taulan atau sesiapa sahaja, sehinggakan senyuman yang mengembirakan orang lain pun dianggap sedekah. Ini boleh kita fahami daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berikut.

Allah Mengurniakan Sesuatu Kepada Kita Untuk Disedekahkan.

Nabi telah menyatakan bahawa Allah telah mengurniakan sesuatu yang membolehkan seseorang untuk bersedekah seperti yang terdapat dalam hadis berikut: Segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: “Ya Rasulullah, orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?” Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Melepaskan Hutang Adalah Sedekah.

Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t.: “Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan jika kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (pahalanya).: (Al-Baqarah: 280)

Menyuruh Ma’ruf dan Mencegah Kemungkaran Adalah Sedekah.

Sabda Nabi s.a.w.: [Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, ada dinyatakan bahawa membuat sesuatu yang baik itu adalah sedekah: “Setiap melakukan perkara yang baik itu adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Petikan dari http://rahsiasedekah.com

Read Full Post »

Gambar hiasan: Mengajar ilmu agama Islam, termasuk dalam kategori bersedekah.

Berkat Rezeki Kerana Bersedekah
Petikan dari (dengan izin) http://www.iluvislam.com
Mahazan
Editor: arisHa27

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai harta yang banyak.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman,

“Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”

Nabi Ayub menjawab,

“Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu”.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.

“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.

“Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri”

Sedekah mulakanlah dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak orang lain.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib iaitu zakat perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Ini jelas dalam suran Al-Imran ayat,92:

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنلَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“92.You will not attain unto piety until ye spend of that which ye love . And what ever you spend , Allah is aware thereof”

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.

“Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia”

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).

Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru,

“Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah”.

Yang satu lagi menyeru,

“Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)”

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadith lain, nabi bersabda,

“Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar”.

Dan sabdanya lagi,

“Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api”.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.

“Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan lagi ilmu itu”

Begitu juga harta.

“Belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui”

Sama samalah kita menyebarkan ilmu agama kerana Allah.

Read Full Post »

Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:

“Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”(H.R. at-Tirmidzi)

Kredit foto: Al-Azhar Peduli

Huraian

1. Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk bagi meringankan beban yang ditanggung lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

2. Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai.

3. Juga ketika orang lain memberikan sesuatu pada kita, maka terimalah dengan hati yang ikhlas diiringi dengan senyuman dan ungkapkanlah kegembiraan hati kita kepadanya dengan ucapan terima kasih yang sebenarnya sangat bererti bagi orang yang memberi.

4. Pemberian memerlukan penerimaan, pemberian yang tulus juga memerlukan penerimaan yang tulus. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W, bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah, maka memberi adalah lebih baik daripada menerima.

5. Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain. Namun begitu apabila tibanya suatu saat di mana tibanya masa untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan suatu ketulusan, jangan merasa rendah diri, tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam ertikata lain ‘saat kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi sesuatu’.

*Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia*

Read Full Post »

Ebook Rahsia Sedekah

“Wahai Ali… ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab Allah: Untuk orang yang murah hati dan berbakti… Maka jawab syurga : Ya, aku redha. Dan kemudian berkatalah neraka: Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku? Jawab Allah: Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong… Maka jawab neraka: Ya, aku redha untuk keduanya.

Wahai Ali… Aku lihat tertulis atas pintu syurga: Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang.

Wahai Ali… Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali… Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan… dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali… Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya  fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Ketahui selok-belok bersedekah di dalam ebook Rahsia Sedekah.

http://rahsiasedekah.wordpress.com

Read Full Post »

Petikan dari buku Rahsia Rezeki

http://www.rahsiarezeki.com

Bab 12. Menghubungkan silaturrahim.

Menghubungkan silaturrahim merupakan antara perkara atau amalan yang boleh meningkatkan rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (H.R. Imam Bukhari dari Abu Hurairah.)

Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar.)

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka boleh berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim itu ditimpa kemiskinan.”

Orang yang selalu menolong saudaranya akan ditolong oleh Allah. Rasulullah telah bersabda bahawa: “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”

Begitulah besarnya kesan bersilaturrahim kepada penambahan rezeki, maka oleh yang demikian, jika kita ingin rezeki kita dilapangkan maka peliharalah atau jagalah hubungan silaturrahim.

Bagaimana ingin bersilaturrahim?

Bacalah seterusnya dalam

www.rahsiarezeki.com

Email: zahidana@yahoo.com

019-5649016

Read Full Post »

E-book

Rahsia Sedekah:

Sedekah Dulu Sebelum Kaya.

Orang yang rajin bersedekah mendapat beberapa  ni’mat dan kelebihan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak bersedekah. Tahukah Anda bahawa sedekah meningkatkan darjat seseorang yang bersedekah apabila tangan kanannya bersedekah tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya.

Gambar hiasan

Dalam kehidupan seharian kita, kadangkala kita dipertemukan dengan pelbagai dugaan, cabaran, dan cemuhan, kadangkala hinaan, bala atau bencana. Bersedekah boleh menghalang bencana dan bala dan bersedekah juga boleh  memadamkan api neraka.

Buku ini membicarakan tentang kelebihan sedekah, bagaimana orang yang bersedekah menjadi kaya, orang yang sangat rajin bersedekah dan rezekinya melimpah-ruah. Ia menyentuh tentang bagaimana orang biasa yang tidak kedekut dan merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.

Persoalannya, adakah beliau kaya dahulu sebelum bersedekah atau bersedekah dahulu sebelum kaya… Ketahui jawapannya di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Di sebalik sedekah, buku ini juga menunjukkan bagaimana derma dan sumbangan oleh orang yang terkaya di dunia yang menyumbangkan sebanyak US28 bilion untuk sebuah yayasan bagi kepentingan kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Ia menyentuh mengenai orang yang sangat pemurah dan rajin berderma hingga menjadi orang yang terkaya di dunia.

Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah. Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah.

Hikmah lain bersedekah: Menjadi dinding dari api neraka, menambah rezeki dan keberkatan, digandakan pahala 700 kali ganda, menolak bala dan menyembuhkan penyakit. Ketahui selok belok bersedekah dengan lebih terperinci di dalam ebook Rahsia Bersedekah.

Anda nak tahu bagaimana mendapat pahala 700 kali ganda dengan bersedekah?  Carilah jawapan di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Klik untuk mendapatkan Ebook Rahsia Sedekah online.

http://www.rahsiasedekah.com

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.