Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Mac 2010

Bersedekahlah, Walaupun

Dengan Sebelah Kurma

Orang Islam tidak seharusnya meremehkan sedekah kerana amat besar hikmahnya. Ini pernah diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan menghendaki kita bersedekah walaupun dengan sebelah kurma sekiranya ia mampu mendindingi kita dari api neraka.

korma

Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan.” (Hadis riwayat Muslim)

Ketahui lebih lanjut dan terperinci kelebihan bersedekah dan orang yang telah  Berjaya kerana bersedekah. Ikuti ebook Rahsia Sedekah.

http://rahsiasedekah.com

Advertisements

Read Full Post »

Bersedekah Menambah Rezeki

dan Keberkatan.

Ebook Rahsia Sedekah

Bersedekah merupakan satu perlakuan yang dipandang sangat tinggi oleh Allah dan dimuliakan dalam Islam.  Sedekah akan berkembang di sisi Allah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya. Bersedekahlah menurut kemampuan, orang kaya bersedekah cara orang kaya dan orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah cara orang yang kurang berkemampuan kerana terdapat ruang yang begitu luas untuk bersedekah.

Sedekah Berkembang Di Sisi Allah.

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.” (Ar-Ruum: 39)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Nabi Memuji Dua Amalan yang Mulia.

Nabi s.a.w. memuji orang yang suka memberi. “Dua amalan yang mulia. Memberi makan, dan memberi salam kepada sesiapa sahaja sama ada yang dikenali atau tidak.”

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci kelebihan bersedekah dan orang yang telah  Berjaya kerana bersedekah ikuti ebook Rahsia Sedekah.

https://rahsiasedekah.wordpress.com

Read Full Post »

Berikut ini ialah antara orang yang terkemuka di Negara kita dalam memberi Sedekah. Maklumat ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau ria’ tetapi untuk iktibar dan semangat kepada pembaca untuk menjadikan amalan ini sebagai kebiasaan dengan mencontohi mereka. Paparan ini dipetik dari pelbagai sumber dan bukannya diceritakan oleh beliau sendiri.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'Al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1429H/2008M.Kiri Ke Kanan:Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abdin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafli Billah Shah

Sebagai maklumat dan pengetahuan kepada kita, orang Melayu yang terkaya di Malaysia pada waktu ini (2009), Tan Sri Mokhtar al Bukhary, menurut maklumat yang diperolehi, telah mendirikan 12 buah masjid sebagai sedekah. Beliai ialah Orang Ke 7 terkaya di Malaysia dan Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Menurut Majalah Forbes) Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM, MPH dan Bank Muammalat dan banyak lagi syarikat lain yang beliau ialah rakan kongsi utama. Berikut dipaparkan sedikit sejarah sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar.

Yayasan Al-Bukhary.

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen, kemudian menetap di Kedah pada tahun 1940-an.
Tan Sri  telah menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Untuk mengetahui Kerjayaan orang yang bersedekah, ikuti maklumat lanjut dalam ebook Rahsia Sedekah.

https://rahsiasedekah.wordpress.com

Read Full Post »

Akan Datang Satu Zaman Sedekah

Tidak Diterima.

Hadis Abu Musa r.a.: Daripada Nabi s.a.w., bahawa baginda s.a.w. telah bersabda: Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya.

Jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang menghadapi nasib sedemikian kerana sukar untuk mencari penerima sedekah. Bersedekah lah sekarang kerana fadhilat bersedekah besar sekali.

Keutamaan Bersedekah.

Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat. Hanya orang yang diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua. Keutamaan-keutamaan bersedekah adalah seperti berikut:

  1. Sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri dan sedekah akan menyuburkan rezeki.
  2. Sedekah memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.
  3. Orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada hari Kiamat.
  4. Sedekah melindungi dari bahaya dan musibah serta menolak su’ul khatimah (kematian/pengakhiran yang buruk.)
  5. Sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman.
  6. Sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati.
  7. Allah akan menggantikan harta orang yang bersedekah seperti keterangan dalam satu hadis: Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru. ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah.’ Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut).’
  8. Pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah walaupun selepas dia meninggal dunia.

Sedekah menghapus kesalahan (dosa) dan menjauhkan kita dari api neraka seperti keterangan dalam hadis Nabi s.a.w.: “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air memadam api.”

Ketahui selok-belok bersedekah di dalam ebook Rahsia Sedekah.

https://rahsiasedekah.wordpress.com

Read Full Post »

Ebook Rahsia Sedekah

“Wahai Ali… ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku? Jawab Allah: Untuk orang yang murah hati dan berbakti… Maka jawab syurga : Ya, aku redha. Dan kemudian berkatalah neraka: Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku? Jawab Allah: Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong… Maka jawab neraka: Ya, aku redha untuk keduanya.

Wahai Ali… Aku lihat tertulis atas pintu syurga: Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang.

Wahai Ali… Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali… Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmat-Nya, jauh daripada siksaan… dan adapun orang yang kikir (kedekut) itu jauh daripada Allah, jauh daripada rahmat-Nya dan hampir kepada siksaan-nya.

Wahai Ali… Takutlah kamu dengan doa orang yang murah hati, kerana sesungguhnya orang yang murah hati itu apabila terlanggar atau tersungkur, Allah akan memegang tangannya.”

Begitulah besarnya  fadhilat orang yang bersedekah iaitu diangkatkan darjatnya, ditulis baginya seribu kebajikan dan doanya dimakbulkan.

Ketahui selok-belok bersedekah di dalam ebook Rahsia Sedekah.

https://rahsiasedekah.wordpress.com

Read Full Post »

Petikan dari buku Rahsia Rezeki

http://www.rahsiarezeki.com

Bab 12. Menghubungkan silaturrahim.

Menghubungkan silaturrahim merupakan antara perkara atau amalan yang boleh meningkatkan rezeki. Sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan dan usianya dipanjangkan, maka peliharalah hubungan silaturrahim.” (H.R. Imam Bukhari dari Abu Hurairah.)

Dalam hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertakwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya dan dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya.” (H.R. Imam Al-Bukhari dari Abdullah bin Umar.)

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakar r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka boleh berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidaklah ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim itu ditimpa kemiskinan.”

Orang yang selalu menolong saudaranya akan ditolong oleh Allah. Rasulullah telah bersabda bahawa: “Allah selalu menolong seorang hamba selagi hamba tersebut di dalam menolong saudaranya.”

Begitulah besarnya kesan bersilaturrahim kepada penambahan rezeki, maka oleh yang demikian, jika kita ingin rezeki kita dilapangkan maka peliharalah atau jagalah hubungan silaturrahim.

Bagaimana ingin bersilaturrahim?

Bacalah seterusnya dalam

www.rahsiarezeki.com

Email: zahidana@yahoo.com

019-5649016

Read Full Post »

E-book

Rahsia Sedekah:

Sedekah Dulu Sebelum Kaya.

Orang yang rajin bersedekah mendapat beberapa  ni’mat dan kelebihan yang tidak diperolehi oleh orang yang tidak bersedekah. Tahukah Anda bahawa sedekah meningkatkan darjat seseorang yang bersedekah apabila tangan kanannya bersedekah tetapi tangan kirinya tidak mengetahuinya.

Gambar hiasan

Dalam kehidupan seharian kita, kadangkala kita dipertemukan dengan pelbagai dugaan, cabaran, dan cemuhan, kadangkala hinaan, bala atau bencana. Bersedekah boleh menghalang bencana dan bala dan bersedekah juga boleh  memadamkan api neraka.

Buku ini membicarakan tentang kelebihan sedekah, bagaimana orang yang bersedekah menjadi kaya, orang yang sangat rajin bersedekah dan rezekinya melimpah-ruah. Ia menyentuh tentang bagaimana orang biasa yang tidak kedekut dan merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.

Persoalannya, adakah beliau kaya dahulu sebelum bersedekah atau bersedekah dahulu sebelum kaya… Ketahui jawapannya di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Di sebalik sedekah, buku ini juga menunjukkan bagaimana derma dan sumbangan oleh orang yang terkaya di dunia yang menyumbangkan sebanyak US28 bilion untuk sebuah yayasan bagi kepentingan kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Ia menyentuh mengenai orang yang sangat pemurah dan rajin berderma hingga menjadi orang yang terkaya di dunia.

Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah. Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah.

Hikmah lain bersedekah: Menjadi dinding dari api neraka, menambah rezeki dan keberkatan, digandakan pahala 700 kali ganda, menolak bala dan menyembuhkan penyakit. Ketahui selok belok bersedekah dengan lebih terperinci di dalam ebook Rahsia Bersedekah.

Anda nak tahu bagaimana mendapat pahala 700 kali ganda dengan bersedekah?  Carilah jawapan di dalam ebook Rahsia Sedekah ini.

Klik untuk mendapatkan Ebook Rahsia Sedekah online.

http://www.rahsiasedekah.com

Read Full Post »