Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2010

Bersedekah secara fiziknya  menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yang kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain, itu lah “kekayaan” sebenarnya. Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Undang-undang Daya Penarik (Law of Attraction.) Berikut ini diberikan beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah:

Foto kredit: Al Azhar Peduli

Tidak Dikurang Harta Sebab Bersedekah

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim

Bersedekah Tidak Dengan Sikap Menunjuk

Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah. Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain. Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Banyak Cara Bersedekah

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: “Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.” H.R. Ahmad

http://rahsiasedekah.com


Advertisements

Read Full Post »

Tasbih adalah Sedekah, Takbir adalah Sedekah, Tahmid adalah Sedekah, Tahlil adalah Sedekah.

Dalam satu riwayat,  Rasullullah s.a.w.  bersabda yang maksudnya: “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, sabda Nabi s.a.w, [Mafhumnya) Abu Dzarr r.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Ma’ruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Berdoa untuk seseorang juga merupakan sebahagian dari sedekah

Read Full Post »

Makna bersedekah adalah sangat luas berbeza dengan apa yang kita fahami menurut kebiasaan iaitu memberi seseorang wang atau makanan atau pakaian. Sebenarnya apa yang kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. ia amat luas mencakupi apa sahaja bantuan, pertolongan dan sesuatu yang mengembiranya atau yang kita berikan kepada saudara mara, rakan taulan atau sesiapa sahaja, sehinggakan senyuman yang mengembirakan orang lain pun dianggap sedekah. Ini boleh kita fahami daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang berikut.

Allah Mengurniakan Sesuatu Kepada Kita Untuk Disedekahkan.

Nabi telah menyatakan bahawa Allah telah mengurniakan sesuatu yang membolehkan seseorang untuk bersedekah seperti yang terdapat dalam hadis berikut: Segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: “Ya Rasulullah, orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?” Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)

Melepaskan Hutang Adalah Sedekah.

Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t.: “Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan jika kamu menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (pahalanya).: (Al-Baqarah: 280)

Menyuruh Ma’ruf dan Mencegah Kemungkaran Adalah Sedekah.

Sabda Nabi s.a.w.: [Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, ada dinyatakan bahawa membuat sesuatu yang baik itu adalah sedekah: “Setiap melakukan perkara yang baik itu adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Petikan dari http://rahsiasedekah.com

Read Full Post »

Harta Peninggalan Nabi s.a.w. adalah Sedekah.

Hadis Aisyah r.a.: Ketika Rasulullah s.a.w. wafat, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. mengutus Othman bin Affan r.a. menemui Abu Bakar r.a. untuk bertanyakan bahagian mereka dalam warisan peninggalan Nabi s.a.w. Lalu Aisyah berkata kepada mereka: Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Peninggalanku tidak boleh diwarisi, ia adalah sedekah.”

Hadis Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Harta warisanku tidak boleh dibahagikan walaupun sebanyak satu dinar. Harta yang aku tinggalkan itu, adalah untuk nafkah (belanja) isteri-isteriku dan untuk mengupah para pekerjaku, selebihnya itu adalah merupakan sedekah.

Nabi s.a.w Tidak Memakan Harta Sedekah.

Hadis Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w apabila diberi makanan, baginda akan bertanya terlebih duhulu mengenainya. Jika dikatakan hadiah, baginda akan memakannya dan jika dikatakan sedekah baginda tidak akan memakannya. (Sahih Muslim.)

Banyak manfaat dengan bersedekah. - Gambar hiasan

Nafkah Dikira Sebagai Sedekah.

Hadis Abu Mas’ud Al-Badri r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah (Sahih Muslim.)

Read Full Post »